Thursday, December 30, 2010

Kenapa Saya Suka Oh! Media Network

Kenape? Kenape? Best sangat ke network ni sampai tajuk nak excited sangat?

Tapi memang best pon. Sape kate tak best sah sah pendengki semate. LOL =p


(Ade kene mengene dengan entry)



So why am I sangat suka dengan Oh! Media ni? adekah kerane die ade OH! maka nampak cool? Kihkihkih


#1. Anak Melayu kiterr
Oh! Media Network ini adelah sebuah syarikat yang di founded kan pada November 2008 oleh anak Melayu kite yang masih muda belia bernama Khai. Sape tak kenal blog die JustKhai tuh?! Beliau ni dulu merupekan awarded student by Limkokwing University & Hewlett Packard in 2008. Bukan senang kot nak dapat award lebih lebih dekat U yang banyak kaum lain, compettition sengit amat. Memang haruslah bangge sebab selalu Melayu orang kait dengan Malas. Sangat stereotaip pemikiran ini. Tapi bukankah dengan kewujudan Oh! Media ini membuktikan Melayu kite juge sangat boleh diharap? Dan difahamkan ianya adalah 100% made in Malaysian. Eh berwawasan betul lah si Khai ini. Dan tidak lupa krew2 beliau juga. Yey

#2. Memaparkan isu semasa secara pantas
Serious cakap memang bila bukak fb, selain daripade tengok wall home, page pertama yang akan terus di-search adelah Oh! Media. Kira selain suka stalk page individu ehem ehem, page OM ni juga turut jadi mangsa aku stalk kategori fanpage. Sebabnye apa apa isu semase yang menarik mesti ada update baru dekat sana. Selalunya yang berkait dengan persekitaran Malaysia yang di ambil dari sumber2 sahih seperti di scan khas dari sughak kabor. So jika tak sempat beli sughakkabor di kedai mahupun paper-online web lambat loading, bolehlah baca di OM. Sesuai untuk yang hanye minat column hiburan dan sukan. Politik ke perdagangan ke ekonomi ke memang tadak la. Sila beralih ke page laen timekaseh. LOL


#3. Promote bahan terbaek dari ladang.
Oh yang ni paling difevreti. Oh! Media ni memang the best bab2 share video2 ke gambar2 ke link2 ke yang berunsur lawak lagi comel lagi gedik. Banyak benda yang tak rase pernah terfikir pun, tibatiba baru tahu woh wujud rupenye bende ini diatas muka bumi takku sangka. Kalau rase macam mate tibe tibe berpinar dek lingkaran hitam panda disekeliling, bolehlah buka page ini dan cuci mata dengan segala bahan yang di share. Pasti terus segar lalu berusaha menyiapkan esaimen dengan penuh bergaya. yang aku fevret adelah penayangan nombor plat kerete yang telampau unik.

Patriotik kan ? Semangat ini yang kite mahu.


#4. Banyak info tentang teknologi
Dah kalau si founder tu student terbaek multimedia, memang tak rugi jike melawat blog beliau di justkhai.com. Serius untuk kanak kanak buta IT macam saye pun boleh tetibe rase terrer IT lepas bace info tips2 pasal teknologi komputer, sesawang, dan sekutu dengannya di blog itu. Apatah lagi bagi para penggemar gadget tegar, mengunjungi blog tersebut adelah kemestian demi memantapkan ilmu pengkomputeran penggadgetan pengteknologian.

#5. Sempoi untuk bacaan umum
Yang ni memang sah2 la. Sape yang suke bace ayat skematik? Ingat persatuan bahase melayu ke ape? Bagi aku Oh! Media ni dia punya bahasa sangat dekat dihati (pewwit pewwit). Tak skema, tak kwajak. Sedang sedang je. Lepastu kalau kena kondem dengan fans, mesti cool je. Takde plak setakat ni aku tengok depa melenting dalam page tu. Kire steady macho la tu. Kahkah.

Aku agak lepas korang bace ni mesti terus teruje nak pi tengok ape hebat nau Oh! Oh! ni kan. Haa ni amik ni. : Oh! Media Terbaek dari Ladang!!


1 comment:

patenjihah said...

haha
I suke juge
hari2 mesti nak usha ape dah jadi kat page tuh =P